Lupakan politik sejenak: Membantu rakyat melalui BR1M

Kumpulan Team Prihatin Pejabat Penyelaras DUN Subang Jaya telah membuka kaunter di tepi jalan untuk memudahkah komuniti Subang Jaya terutamanya warga emas dan ibu tunggal untuk mendaftar permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau Bantuan Kewangan RM500 pada 10 Disember 2011.

 

Banyak lagi foto-foto di sini: http://on.fb.me/sHKVqf

Mengenai BR1M:

Siapa dan bagaimana untuk mendaftar?

Seorang pemohon yang ingin mendapatkan bantuan BR1M mestilah:

* Warganegara Malaysia
* Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah.
* Berkahwin
* Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
* Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
* Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan.

Definisi ketua isi rumah adalah:
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Untuk tujuan pendaftaran, pemohon mesti menyertakan salinan dokumen seperti berikut:

* Borang Pendaftaran BR1M
* Salinan MyKad/Kad Polis/Kad Tentera
* Salinan Penyata Gaji terkini (Bagi pemohon yang menerima gaji sahaja)

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh diperoleh secara terus di kaunter perkhidmatan mana-mana lokasi terdekat. Borang yang lengkap diisi berserta salinan dokumen yang diperlukan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM dari 9 pagi hingga 5 petang (10 Disember hingga 10 Jan)

Pertanyaan dan maklumat lanjut boleh didapati dari Kementerian Kewangan di:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my

Sekiranya kawan-kawan berasa lebih selesa untuk menghubungi saya dengan pertanyaan selanjutnya, saya alu-alukan.

Marilah kita ketepikan fahaman politik yang berbeza-beza dan bersama membantu mereka yang memerlukan untuk mendapatkan bantuan agar dapat meringankan bebanan hidup ahli komuniti kita.

 

posted by: Admin

About Gan Meng Foo (颜明富)

Generation X-er for Malaysia: Yes to National Spirit, Acceptance, Social Justice

Posted on December 11, 2011, in Community, Malaysia, Social, Subang Jaya and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Sritharan Sangaran 0193524247

    Dear Mr Gan Meng Foo, Thank you for getting the bantuan BR1M for me. I would request another for I am retired from work at the age of 60 because I fall sick by diagnosis as early Parkinson disease by the n euro surgeon. I hope you could assist me in getting the senior citizens monthly benefits as i am not working anymore. My name is Sritharan a/l Sangaran i/c no. xxxxxxxxxx and staying at Subang Jaya.for the past 24 years and have been supportive the ruling party in which you are in. I hope your kind self could look into the plight and consider to help. Thanking you in advance. Sritharan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: