Bersekutu Bertambah Mutu

* Konsep Malaysia yang digagaskan oleh Tunku Abdul Rahman berdiri di atas semangat perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Konsep ini berasaskan pada idea Persekutuan di mana negeri-negeri menyerahkan sebahagian kedaulatannya kepada kerajaan Persekutuan untuk memberi kekuatan kepada keseluruhan gabungan.

Suruhanjaya Cobbold telah mencadangkan beberapa cadangan iaitu perlembagaan Malaysia harus berasaskan Persekutuan Tanah Melayu 1957, Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar imigresennya, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak, pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk dan penentuan tarikh penubuhan Malaysia.

Dan menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju dengan pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Bagaimanapun tarikh itu terpaksa ditunda pada 16 September 1963 disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina manakala Brunei menarik diri pada sat-saat akhir.

Bagaimanapun perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan pada bulan berikutnya, Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen British. Akhirnya perjanjian Malaysia diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah. Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.

Dan pada 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan secara rasmi.

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada rakyat Malaysia!

*Dipetik dari: http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/aktiviti-dan-program/keratan-akhbar/2007/248-mengingati-hari-malaysia

posted by: Admin

About Gan Meng Foo (颜明富)

Generation X-er for Malaysia: Yes to National Spirit, Acceptance, Social Justice

Posted on September 14, 2012, in Malaysia, Politics, Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: