Januari 2013 bersama komuniti di Subang Jaya (Bhg 2)

Salam, dikongsikan liputan seterusnya serta kerjasama Gan Meng Foo, Penyelaras BN DUN Subang Jaya bersama dengan komuniti, rakan-rakan dan NGO-NGO di Subang Jaya pada bulan Januari 2013…

18 Januari: Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 2013 di Sekolah Kebangsaan USJ12. Syabas kepada Gurubesar dan guru-guru yang berusaha menjalankan majlis penyerahan ini dengan teratur dan cekap. Saya berharap ibubapa dapat sentiasa menemani pembelajaran anak-anak dari usia muda, bersama-sama memupuk semangat suka membaca buku dan mengejar ilmu.

.

Foochow1

19 Januari: Makan malam dengan kawan-kawan suku Foochow di USJ14.

.

CNY card NGO1

20 Januari: Mengedar “Kalendar 2013” kepada NGO-NGO Subang Jaya dari YAB PM mengucapkan “Selamat Tahun Baru Cina” kepada kaum Cina sempena perayaan CNY.

.

20 Januari: Sidang Akhbar oleh Penyelaras BN DUN Subang Jaya bersama NGO-NGO jemputan membangkitkan masaalah yang dihadapi pemandu-pemandu teksi di sekitar Subang Jaya yang melibatkan bidang kuasa SPAD, isu kadar sewa tidak sekata dan pertindihan saman.

.

21 Januari: Terimakasih kepada SMK SS17 Subang Jaya kerana menjemput saya menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada murid-murid. Saya berpeluang berbincang dengan ibubapa supaya mengambil berat tentang pelajaran anak-anak tanpa tekanan pikologi yang keterlaluan. Saya juga berpeluang melawat sekolah dan meninjau keadan kemudahan sekolah.

.

23 Januari: Bersama-sama di Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan SK USJ2 Subang Jaya. Saya juga berpeluang berkongsi pendapat dengan ibubapa mengenai cara-cara menemani anak-anak belajar.

.

24 Januari: Father’s home and New Year gathering with our senior citizens. Appreciate the hard work of Persatuan Penyayang Penjaja-Penjaja Subang Jaya and help from Pastor Leon. This event has given our senior citizens a wonderful and happy day.

.

Bantuan Khas Awal Sek Agama Men Bestari

25 Januari: Bersama-sama pada majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan di Sekolah Agama Menengah Bestari.

.

27 Januari: Terimakasih kepada team ahli-ahli parti komponen BN yang memberi sokongan bersama-sama Penyelaras BN DUN Subang Jaya mengedarkan kepada komuniti Limau 1 Malaysia di Pasar Moden SS15 Subang Jaya sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

.

26 Januari: Terimakasih kpd PPP Subang Jaya atas usaha menjayakan program sumbangan prihatin 1Malaysia di SS19 Subang Jaya, dari program begini, kita berpeluang mendengar Suara Rakyat.

.

26 Januari: Bersama-sama makan malam 2013 Annual Dinner dengan Persatuan Senaman Zhineng Qigong Malaysia. 我要恭贺马来西亚智能气功梳邦再也分会成功举办2013年度新春晚宴,当晚几位成员也一同分享了智能气功的效应,节目也多姿多彩。这应归功于所有的理事们的群策群力。

.

30 Januari: Bersama di SMK Seafield USJ2, saya berharap Bantuan Awal Persekolahan ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang demi kebaikan generasi muda kita yang akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara kita satu hari nanti…..

.

Sumbangan prihatin PPP

30 Januari: Sumbangan SS18 Anjuran PPP Subang Jaya. Bersama prihatin PPP Subang Jaya memberi sumbangan kepada penduduk-penduduk SS18, Subang Jaya.

.

Adakah anda mempunyai ide untuk kerjasama komuniti Subang Jaya? Dijemput berkongsi dengan saya.

.

posted by: Admin

About Gan Meng Foo (颜明富)

Generation X-er for Malaysia: Yes to National Spirit, Acceptance, Social Justice

Posted on February 20, 2013, in Community, Family, Malaysia, Social, Subang Jaya and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: