DAP gagal selesaikan masalah penduduk Subang Jaya

DAP gagal menangani permasalahan penduduk Subang Jaya

klik foto untuk video: DAP gagal menangani permasalahan penduduk Subang Jaya

SUBANG JAYA 26 April – Selama empat menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Subang Jaya, pihak pembangkang gagal untuk mendengar apatah lagi menangani permasalahan penduduk di kawasan N31 itu, tegas calon BN bagi kawasan tersebut, Gan Meng Foo.

Menurut beliau, pembangkang mengambil masa bertahun-tahun untuk menangani masalah yang boleh diselesaikan dengan mudah seperti sampah dan keadaan kawasan rekreasi awam yang telah banyak kali dilaporkan oleh penduduk setempat.

Beliau turut menambah, masalah seperti longgokan sampah boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat seandainya pihak pembangkang melakukan perancangan serta perkiraan mudah dan bukannya dengan mengarahkan penduduk berulang kali menghantar laporan kepada pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tanpa mengadakan susulan yang sewajarnya.

“Apa yang sepatutnya dilakukan ialah merancang dengan mengira jumlah tenaga kerja, lori pengangkut sampah dan kekerapan kutipan yang diperlukan bagi mengatasi masalah sampah di sini bukannya hanya meminta rakyat membuat aduan tahun demi tahun.

“Kalau anda tidak percaya sila rujuk dengan MPSJ, mereka ada rekod bertahun-tahun laporan mengenai masalah ini tetapi tiada satu penyelesaian muktamad yang diberikan,” kata Meng Foo ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama penduduk Perumahan USJ 2 di perkarangan Masjid Al-Mukminun di sini.

Tambah beliau, permasalahan mudah yang tidak dapat diselesaikan seperti ini menjadi bukti bahawa pihak pembangkang tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi bagi meminpim rakyat terutamanya di kawasan Subang Jaya. – UTUSAN ONLINE 27 Apr 2013

About Gan Meng Foo (颜明富)

Generation X-er for Malaysia: Yes to National Spirit, Acceptance, Social Justice

Posted on April 29, 2013, in Community, Family, Health, Politics, Social, Subang Jaya and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. I would like to say thank you very much for helping the community in many ways. Eventhough you had lost in the GE13, but the feedbacks from the old folks of the SS14 are very supportive. These was all due to your compassionate to the community and your efforts are all recognised.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: