Blog Archives

Masaalah bekalan air Subang Jaya dan kaedah penyelesaiannya

Syabas dialog

Pejabat Penyelaras BN DUN Subang Jaya telah menerima banyak laporan, aduan serta maklumbalas tentang masaalah gangguan bekalan air ke kawasan perumahan terutamanya di SS12-SS19.

Memandangkan isu ini memerlukan suatu saluran interaksi terus di antara penduduk-penduduk dan NGO komuniti dengan Syabas, saya sebagai Penyelaras BN DUN Subang Jaya telah mengaturkan sesi dialog tersebut pada 19 Disember 2012.

Sesi dialog tersebut dijalankan di pejabat Syabas Wilayah Petaling, dihadiri oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawabnya, wakil penduduk-penduduk dan ketua-ketua komuniti, Persatuan Penyayang Komuniti & Masyarakat Subang Jaya, Persatuan Penyayang Penjaja-penjaja Subang Jaya, Persatuan Penyayang Wanita Subang Jaya, PPP Subang Jaya dan Pejabat Penyelaras BN DUN Subang Jaya.

Antara ‘takeaway’ dari dialog tersebut adalah:

1.  Bekalan air yang telah dirawat adalah dari saluran kolam air Lapanganterbang Subang yang berkapasiti menyimpan maksimum 2 juta galon. Kami juga telah melawat tapak tangki kolam air tersebut. (Klik untuk melihat semua gambar-gambar lawatan ke kolam tersebut di sini)

Gan Meng Foo Penyelaras BN DUN Subang Jaya bersama Syabas di kolam air Lapanganterbang Subang

2.  Terdapat sebanyak 14,290 akaun langganan bekalan air aktif di kawasan terlibat. Menggunakan andaian purata satu isi rumah/akaun terdapat 5 orang pengguna, ini melibatkan 71,450 orang pengguna air bagi satu hari.

3.  Memandangkan jumlah permintaan tinggi yang membebankan kapasiti air terawat harian, Syabas menasihati penduduk supaya menyimpan air bekalan sebagai langkah berjaga-jaga. Bagi gangguan bekalan air yang melangkaui 24 jam, Syabas akan menghantar lori tangki air ke kawasan terlibat.

4.  Bagi kes tekanan air rendah, Syabas menyarankan pengguna membuat aduan serta memberikan butiran terus ke nombor talian: 1-800-88-5252 supaya teamnya boleh dikerah membuat pemeriksaan, adakah punca permasaalahannya berlaku dari pembocoran paip atau sebaliknya. Menurut Syabas, permasaalahan biasanya boleh diselesaikan dalam masa 4 jam.

Nota:

Apakah pandangan peribadi saya terhadap permasaalahan ini?

Umum tahu, air adalah asas kehidupan bumi. Marilah kita berkerjasama, tanpa sengketa, menghalusi solusi terhadap permasaalahan bekalan air terawat di Selangor secara membina (constructive) dan positif demi kesejahteraan rakyatnya.

Adakah anda setuju dengan saya? Pendapat dan cadangan anda dialu-alukan.

posted by: Admin