Monthly Archives: March 2013

Februari bersama komuniti Subang Jaya (Bhg 1)

Diharap maklumat yang dipaparkan melalui blog ini dapat memanfaatkan kesejahteraan anda. Apa khabar semua?

Antara aktiviti-aktiviti untuk kesejahteraan bersama yang telah dijayakan dengan komuniti Subang Jaya pada Februari lalu dipaparkan di bawah.

Adakah anda ingin mengambil bahagian?

Sila hubungi saya untuk bersama komuniti, rakan-rakan dan NGO-NGO Subang Jaya.

==

4 Feb: BR1M2.0 kepada pemohon-pemohon yang berjaya di SK Seafield USJ6. Tahniah! Gembira jika program ini dapat diteruskan kerana dapat meringankan kos sara hidup isirumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000. Bantuan ini dapat diteruskan tahun ini sebab Kerajaan telah mencatat satu rekod baru pada tahun 2012 iaitu keuntungan negara > RM200 billion dan sekali lagi mampu menyalurkan bantuan kepada semua rakyat, sekaligus menidakkan kata-kata yang tidak benar iaitu wang itu diperolehi dari “AES”……

.

Penghargaan PDRM 7Feb13 Penghargaan PDRM 7Feb13 2

7 Feb: Penyelaras BN DUN Subang Jaya menghantar limau mandarin ke Balai USJ8 sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina sebagai penghargaan kepada badan polis yang bertugas 24jam jaga keamanan negara, keselamatan harta benda dan nyawa rakyat Malaysia.
Trivia: Tahukah anda, anggota polis Malaysia adalah antara pasukan polis yang terbaik di dunia!

.

8 Feb: First time in my life so many people from Subang Jaya wish me Happy New Year & Gong Xi Fa Cai at SK Seafied USJ6 Subang Jaya during the BR1M 2.0 distribution.

.

Fakir miskin

8 Feb: Bersama Pengerusi Persatuan Sahabat Peniaga-Peniaga Subang Jaya Encik Mariapan memberi sumbangan kepada seorang fakir miskin di Court 2 Subang Jaya. Harap masyarakat sentiasa berkongsi prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.

.

10 Feb: Program mesra rakyat sempena sambutan Ponggal dan Tahun Baru Cina anjuran bersama PPP Bahagian Kelana Jaya di Court 2, USJ6 Subang Jaya.

…bersambung

posted by: Admin

Klinik Kesihatan Kerajaan berdekatan Subang Jaya

Klinik Kerajaan

Saya menerima banyak maklumbalas dari masyarakat Subang Jaya yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh berbanding dengan perkhidmatan Klinik 1Malaysia.

Berikut perbandingan perkhidmatan Klinik 1Malaysia dengan Klinik Kerajaan:

Klinik 1Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan perubatan ringan seperti berikut:

*  Perkhidmatan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan yang lain.
*  Rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti Diabetes, Darah Tinggi dan Asma.
*  Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan
*  Membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti Demam Denggi.

vs:

Klinik kesihatan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh seperti:-

–  Kesihatan ibu mengandung dan kanak-kanak meliputi jagaan pra-natal dan selepas bersalin, imunisasi bagi kanak-kanak dan pemantauan perkembangan kanak-kanak
–  Perancang keluarga
–  Klinik Warga Sihat yang meliputi saringan untuk mengesan risiko-risiko penyakit seperti hyperlipidaemia dan pengukuran berat badan; saringan untuk mengesan penyakit kronik seperti diabetis dan darah tinggi; serta kaunseling makanan dan kaunseling untuk berhenti merokok
–  Pendidikan pemakanan dan kesihatan
–  Kesihatan warga tua
–  Kesihatan mental
–  Kesihatan remaja

.

Kawan-kawan yang ingin mendapatkan rawatan yang lebih menyeluruh boleh ke klinik kerajaan yang berdekatan Subang Jaya seperti berikut:

Klinik Kesihatan Kelana Jaya
Lot 38294 Jln SS 6/3A
47301 Kelana Jaya
Petaling Selangor
Tel : 03-78045001

Klinik Kesihatan Puchong
Batu 14, Petaling Jaya
47000 Puchong
Petaling Selangor
Tel : 03-80611814

Klinik Kesihatan Bt. 13 Puchong
Batu 13,
47100 Puchong
Petaling Selangor
Tel : 03-80623984

Klinik Desa Kampung Melayu Subang
Jln Merbau Kg. Melayu, Subang
40150 Shah Alam
Tel: 03-78472459

Klik di sini untuk senarai alamat-alamat klinik kerajaan.

.

posted by: Admin